Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Penyelam China Ditahan Polis Sabah Selepas Gambar Bogel Di Pulau Tersebar

22 Okt 2015



KOTA KINABALU: Selepas tersebarnya sekeping gambar yang memaparkan aksi bogel sekumpulan pelancong China di laman-laman sosial, polis hari ini menahan seorang lelaki yang dipercayai salah seorang daripada suspek tersebut.

Lelaki berusia 33 tahun itu merupakan seorang penyelam China yang berpengkalan di Semporna dan ditahan di sebuah bilik sewa pada jam 11.15 malam Rabu.

Memetik laporan mStar, suspek ditahan sehingga 25 Oktober ini untuk membantu siasatan.

"Sesiapa yang didapati berkelakuan tidak senonoh di kawasan awam boleh dihukum di bawah undang-undang dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali," demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman.

Lelaki itu memiliki lesen Persatuan Pengajar Menyelam Profesional dan sering mengadakan aktiviti menyelam di sekitar Semporna bagi pelancong China.

Kejadian terbaru yang melibatkan aksi bogel itu dipercayai berlaku di Pulau Sibuan dimana gambar tiga wanita tanpa baju yang diambil dari belakang, dan satu lagi menunjukkan gambar tujuh lelaki sedang berbogel gambar dari belakang bersama seorang wanita memakai coli dan seluar pendek menghadap kamera.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan bilakah gambar itu diambil. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "