Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagi BR1M Ibarat Beri Makan "Chewing Gum" - Mahfuz

22 Okt 2015

KUALA LUMPUR - Pemberian BR1M oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat disifatkan seperti hanya memberi 'nikmat sementara' kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

"Kerajaan beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seolah-olah bagi kita (rakyat) gula-gula getah 'chewing gum'. Sudah habis manis (gula-gula getah) itu, kita sudah tidak ada (rasa) apa-apa lagi," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai pemberian BR1M kepada rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah di negara ini.

BR1M antara perkara yang akan disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 yang dijadualkan esok.

"Kalau tambah BR1M banyak mana sekalipun, keadaan ekonomi kita tidak akan pulih. Dan beban akan terus menghimpit kehidupan rakyat dengan nilai ringgit yang jatuh.

"Dia (Najib) nak tambah  BR1M banyak mana? Bukannya dia boleh bagi (BR1M) tiap-tiap bulan," kata beliau lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "