Selangor Tentang Kenaikan Kadar Tol, Panggil Pihak KESAS Dan SPRINT
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor hari ini menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan membenarkan menaikkan harga tol di 18 lebuh raya adalah sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan Selangor membantah kenaikan berkenaan.
Memettik laporan Astro Awani, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan media berkata kerajaan negeri Selangor amat kesal dengan tindakan ini kerana ia dilihat hanya akan membebankan rakyat, apatah lagi dalam situasi ekonomi negara yang semakin gawat.
Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memanggil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang masing-masing memiliki 30 peratus saham dalam syarikat konsesi Lebuhraya KESAS dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya SPRINT, untuk memberi penjelasan.
Dalam kenyataan itu juga menyebut bahawa tiada perbincangan pernah dilakukan melibatkan kenaikan kadar tol di Lebuhraya KESAS dan SPRINT dan ia tidak pernah diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KESAS Holdings Berhad dan KESAS Sdn Bhd serta Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd.
Satu mesyuarat Khas Lembaga Pengarah akan diadakan untuk menggunakan kuasa minoriti bagi menolak kadar tol baharu ini.
Beliau dalam pada mencadangkan supaya Putrajaya menggunakan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang terkumpul sebanyak lebih RM6 bilion untuk membiayai dan meneruskan pembayaran pampasan kepada syarikat konsesi tol. - Siakapkeli.my