Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sedih Lihat Perbalahan Kaum Tiada Kesudahan, Lelaki Cina Ini Kongsi Cerita Mengambil Anak Angkat Melayu Sejak Usia 9 Tahun

8 Okt 2015

Sejak kebelakangan ini kita asyik dihidangkan dengan kisah-kisah ketegangan kaum sehingga menimbulkan persepsi yang tidak baik di kalangan kita.

Seharusnya kita perlu mengambil kebaikan dalam suasana hidup berbilang kaum supaya semua pihak dapat hidup dengan aman dan harmoni, tanpa perlunya pergaduhan atau rasa tidak puas hati.

Namun di sebalik ketegangan itu, masih ada kisah-kisah terpencil yang boleh kita jadikan teladan.

Stanley Young, seorang lelaki Cina mengambil keputusan menjaga seorang anak gadis Melayu sejak berumur 9 tahun apabila dia kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya, sehinggalah dia kini sudah berkahwin.

Perkongsian Stanley Young di laman Facebooknya mendapat lebih 200 perkongsian dan rata-rata meninggalkan komen memuji tindakan lelaki ini.


"Hari ini, saya ambil semua kekuatan selama ini untuk kongsikan rahsia saya. Ia berkenaan lawatan saya ke Kelantan untuk bertemu anak angkat saya, Hayati Abdullah bersama suami dan keluarga mertuanya.

"Sepanjang menjaga Yati, saya mengambil berat tentang kebajikan dan kewangannya. Hal tempat tinggal dan pendidikannya menjadi keutamaan saya. Apabila dia berusia 12 tahun, kami berdepan dengan kesukaran untuk memohon kad pengenalannya memandangkan ibu bapanya dahulu tidak mendaftar kelahirannya. Dengan bantuan pegawai polis di Tumpat dan ketua kampung, permohonan itu diselesaikan dalam masa dua tahun dan dinamakan sebagai Hayati bte Abdullah," katanya.

Yati kini sudah berkahwin dan membantu perniagaan makanan yang dijalankan oleh keluarga mertuanya.

Stanley memberitahu sudah lama memendam niat untuk menceritakan kisahnya memandangkan situasi perkauman di dalam negara kini semakin tegang, sedangkan ia perlu dipupuk dan dijaga demi masa depan anak-anak bangsa.

"Dengan perkongsian ini, saya amat berharap agar sesiapa sahaja yang membacanya dapat menyebarkan manfaat hidup dalam kepelbagaian kaum. Kita perlu buta warna. Tak perlu lihat apakah agama dan budayanya, kerana kita semua dicipta oleh Tuhan.

"Kita kena perkuatkan ikatan perkauman kita dalam usaha kita menghapuskan masalah-masalah yang timbul, supaya kita dapat hidup secara aman dan harmoni. -Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "