Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Keratan Berita Raja Bomoh Akan Sedut Jerebu Guna Pasu Adalah Palsu

20 Okt 2015

20 Okt - Ya, memang Raja Bomoh Malaysia, Ibrahim Mat Zain memang terkenal dengan aksi-aksi pelik apabila tampil dengan gayanya tersendiri untuk 'menyelesaikan' satu-satu isu yang berlaku dalam negara.

Terbaru, beliau melakukan upacara mengurangkan jerebu menggunakan ais dimana video upacara tersebut menjadi viral di media sosial.

Namun, semenjak isu jerebu semakin teruk, nampaknya ada pihak yang mengambil kesempatan memviralkan satu keratan berita palsu yang memaparkan Raja Bomoh bersama satu pasu. Keratan berita itu bertajuk "My vase will suck all the haze".

Namun setelah diselidik, gambar keratan berita tersebut sebenarnya dibuat dengan menggunakan satu peralatan online, photofunia , yang membenarkan pengguna membuat apa sahaja tajuk berita bersama gambar.

Selain dari berita Raja Bomoh ini, beberapa berita lain terutamanya berita dari luar negara turut menjadi mangsa penipuan ini. Jika diteliti templat yang digunakan adalah sama.




Bonus : 


Dia mai dah...'Raja bomoh' Ibrahim Mat Zain menjalankan upacara mengurangkan jerebu..Serba boleh tok moh ni..Lokasi: Kampung Baru, KLVideo: Suara.TV
Posted by Siakap Keli on Wednesday, 16 September 2015


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "