Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Wayang Kulit Watak Superhero Dapat Perhatian Dunia

20 Okt 2015
No Comment

Siapa sangka, dengan sedikit idea yang inovatif, wayang kulit kini telah menjadi perhatian dunia.

Fusion Wayang Kulit, sebuah kumpulan yang bermatlamatkan menghidupkan kembali Wayang Kulit dengan sedikit 'rempah ratus' kini menjadi bualan dunia apabila hasil kreatif mereka menukarkan watak-watak superhero di dalam komik kepada watak-watak wayang kulit.

Antara watak superhero yang famous adalah Batman, Superman, The Flash, Wonder Girl & The Green Lantern.

Walaupun berasal dari watak-watak superhero barat, Wayang Kulit superhero ini tetap mengekalkan keaslian wayang kulit pada hasil seni karakter tersebut. Mungkin ini yang dinamakan sebagai "fusion".

Fusion Wayang Kulit menjadi perhatian dunia apabila gambar-gambar karakter tersebut mendapat liputan di beberapa portal antarabangsa seperti Boingboing.net, Yahoo Singapore, amazonbug.com, dan juga beberapa website lain.

Laman web boingboing menyifatkan hasil kerja tersebut sebagai 'menakjubkan' - Siakapkeli.my








Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "