Pesawat Twin Otter MH3553 Tergelincir Semasa Mendarat Di Mukah
MUKAH: Sebuah pesawat Milik MASwings jenis Twin Otter telah tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Mukah pagi ini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.20 pagi itu, pesawat MH3553 yang berlepas dari Miri itu tergelincir selepas tayar belakang sebelah kiri pecah semasa melakukan pendaratan namun semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Sehingga kini, pihak Pengurusan Lapangan Terbang Sibu dan MAS sedang membaut siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Susulan kejadian itu, semua 11 penerbangan ke Mukah dibatalkan hari ini untuk kerja mengalihkan pesawat dan membersih landasan. - Siakapkeli.my