Persidangan Dewan Rakyat : Dua MP Diarah Keluar Dewan
KUALA LUMPUR: Dua ahli parlimen DAP diarah keluar dari Parlimen hari ini kerana menggangu prosiding Dewan rakyat.
Kedua-dua mereka, Lim Lip Eng (DAP-Segambut) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) diarahkan keluar oleh Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Difahamkan kedua mereka tidak berpuas hati kerana usul kenaikan tol ditolak untuk dibahaskan dalam dewan.
Pandikar berkata kedua-dua mereka diarah keluar setelah mempersoalkan kuasa speaker. - Siakapkeli.my