Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perompak Letupkan Mesin ATM, Larikan Sejumlah Wang Tunai

13 Okt 2015
2 ulasan


MELAKA: Sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) hancur selepas diletupkan oleh perompak menggunakan bom buatan sendiri sebelum melarikan sejumlah wang, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.05 pagi di Ayer Keroh Height itu menyebabkan wang berterabur di atas lantai.

Difahamkan, penjenayah memakai topeng muka dan menaiki kereta Mercedes Benz putih.

Bagaimanapun, perompak dilaporkan telah meninggalkan sebutir bom paip yang belum diletupkan di dalam premis terletaknya ATM berkenaan.

Unit pemusnah bom (UPB) dari Bukit Aman berjaya meletupkan bom berkenaan sekitar 10.25 pagi menggunakan robot.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah memaklumkan kejadian dipercayai didalangi oleh sekumpulan tiga perompak.
Jumlah kerugian masih disiasat. - Siakapkeli.my

Video bom dimusnahkan oleh UPB Bukit Aman. Kredit video: Harian Metro

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Tanda rakyat dah trdesak.. pakai merz pun sanggup letupkn atm machine...inikn yg naik moto kapc

    ai...trpikir jap apa aku nak buat yg lg tragik

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "