Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pejabat AG Bersihkan Pegawai 1MDB Daripada Rekod Salah Laku

8 Okt 2015



KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara (AG) hari ini membersihkan pegawai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada sebarang salah laku berhubung siasatan yang dijalankan Bank Negara terhadap syarikat itu.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 21 Ogos 2015.

"Kertas siasatan itu dikaji, Timbalan Pendakwaraya Persekutuan 1 Abdul Majid Tun Hamzah memutuskan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada siasatan lanjut dibuat," kata Pejabat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Malah kertas siasatan terhadap kontroversi mengenai syarikat pelaburan kontroversi negara itu akan dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan untuk tidak mendakwa juga dimaklumkan kepada bank pusat pada hari yang sama.

Susulan itu, Bank Negara, dalam surat bertarikh 1 Oktober, mencadangkan supaya Pejabat Peguam Negara menyemak semua keputusannya -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "