Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Dan Bintang Terminator Bertemu Di Majlis Makan Malam Di KLCC

22 Okt 2015



KUALA LUMPUR: Selebriti terkenal dunia, Arnold Schwarzenegger yang hadir ke Malaysia untuk Forum Transformasi Global (GTF) bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi.

Memetik The Malay Mail Online, kedua-dua personaliti tersebut dilihat bersalaman dan berbalas senyuman ketika mereka menghadiri majlis makan malam sempena program itu.




Schwarzenegger yang juga merupakan bekas Gabenor California akan mengambil bahagian dalam forum berkenaan dengan ucapan bertajuk "Discipline of Action" pada petang esok.

Beliau juga terkenal sebagai bintang utama dalam filem "Terminator".

Bukan sahaja Schwarzenegger, turut sama akan menyampaikan ucapan di pentas yang sama adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez dan bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong.

Forum Transformasi Global (GTF) dianjurkan untuk menggalakkan dialog antara negara dalam usaha memperkukuhkan lagi dasar transformasi. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "