Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Terbakar Dalam Tandas di Prangin Mall Pulau Pinang

16 Okt 2015

PULAU PINANG 16 Okt. - Seorang lelaki berusia 56 tahun melecur separuh badannya dipercayai dibakar di dalam tandas di pusat membeli belah Prangin Mall disini dalam kejadian jam 10 malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Fardalatrash Wahid, lelaki terbabit mengalami 60% kesan kebakaran pada badan dan kini dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang.

Menurut doktor, lelaki yang bekerja sebagai broker tanah itu cedera akibat terbakar di kepala, badan dan kaki,” katanya memetik laporan dari Bernama.

Tambah beliau, lelaki terbabit dilapor berlari keluar dari tandas dalam keadaan terbakar kemudian dibantu oleh orang ramai yang memadamkan kebakaran di bandannya.

Dia kemudian dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Menurut Mior Faridalatrash, hasil rakaman CCTV mendapati seorang lelaki memasuki tandas itu tiga minit sebelum mangsa.

"Apabila mangsa berlari keluar sambil terbakar, seorang lelaki berhelmet dilihat berlari keluar dengan memegang beg dipercayai milik mangsa," katanya beliau.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Shah Irwan Othman berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.08 malam dan tiba di lokasi 7 minit kemudian.

"Hasil siasatan awal mendapati ada seorang lelaki melontar kain terbabit ketika mangsa berada dalam tandas berkenaan," katanya.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "