Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Larangan Guna Pembesar Suara : Nik Abduh Setuju Tindakan Kerajaan Pulau Pinang

2 Okt 2015
No Comment

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bersetuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang hanya membenarkan penggunaan pembesar suara untuk azan dan iqamah sahaja.

Menurut Nik Abduh, berdasarkan ajaran Islam, adalah tidak wajar mengganggu orang bukan Islam.

"Betul lah. Islam tidak mengganggu masyarakat lain," katanya.

Tambahnya juga, Pas sejak dahulu lagi berpendirian sedemikian.

"Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan pendirian itu dan ianya tidak akan berubah," katanya.

"Dari sudut siasah syariah, tindakan melarang masjid daripada membuat perkara yang mengganggu orang lain adalah betul," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "