Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Khalid Sokong Tindakan Azmin Bina Lebuh Raya Baru Di Selangor

29 Okt 2015



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong tindakan penyandangnya, Mohamed Azmin Ali yang meluluskan pembinaan tiga lebuh raya baru di negeri itu.

Ujarnya kelulusan diperolehi menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan hanya akan dimaklumkan kepada parti sekiranya perlu.
 
"Saya tidak tahu tentang perkara tersebut (pembinaan tiga lebuh raya). Sebenarnya perkara mengenai kelulusan biasanya diluluskan melalui mesyuarat exco (MMKN).
 
"Kalau ada dalam mesyuarat exco, maknanya ada rekod mengenai perkara ini.
 
"Perkara ini boleh dijelaskan dalam perjumpaan di DUN yang akan mula berlangsung minggu depan," katanya.
 
"Exco mesti meluluskan dahulu. Kemudian kalau perlu, ahli exco yang dalam parti politik tertentu boleh membawa ke pengetahuan parti masing-masing," kata Khalid yang dipetik The Malaysian Insider.

Sebelum ini Azmin digesa PKR untuk memberikan penjelasan tentang tindakannya meluluskan pembinaan tiga lebuh raya itu tanpa memaklumkan kepada parti terlebih dahulu.

PKR juga dikatakan akan membawa hal itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat dalaman parti dalam waktu terdekat.

Kerajaan negeri Selangor didakwa meluluskan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sejauh 32 kilometer untuk menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Jaringan Tengah II (MRR2) dari Sri Petaling ke Ulu Klang, melalui Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Taman Putra Ampang.
 
Pembinaan lebuh raya itu sekali gus menjadi laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) khususnya di kawasan Ulu Klang, Ampang dan Pandan Indah. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "