Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jerebu : Ujian UPKK & UPSRA Ditangguh

4 Okt 2015


PUTRAJAYA - Ujian Penilaian Kelas KAFA(UPKK) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) yang dijadualkan berlangsung pada Isnin dan Selasa (5 dan 6 Oktober) akan ditangguhkan berikutan penutup hampir kesemua sekolah-sekolah akibat jerebu.

"Penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baharu bagi pelaksanaan peperiksaan bagi tiga subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.

"Pelaksanaan peperiksaan pada Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha..

Othman juga berkata Jakim menyambut baik keputusan Jawi menangguh peperiksaan UPSRA pada Isnin dan Selasa ini.

"Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan JAWI di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan ditunda kepada Isnin dan Selasa depan (12 dan 13 Oktober).

"Bagi jadual hari Rabu dan Khamis berjalan seperti dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada Kementerian Pendidikan," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "