Hasil GST Akan Dikembalikan Kepada Rakyat - Ahmad Maslan
ALOR SETAR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata hasil kutipan GST akan dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai program bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat.
Ahmad Maslan berkata ini kerana rakyat mahu melihat hasil GST dikembalikan kepada mereka dalam pelbagai bentuk.
"Mereka tidak akan marah lagi kepada kerajaan seperti sebelum ini kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai cara.
"Program seperti e-rezeki dilancarkan sebelum ini dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat," katanya memetik laporan dari Astro Awani.
Menurut beliau juga, hasil kutpian GST akan dibentangkan kepada rakyat pada pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat depan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.- Siakapkeli.my