Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya Nedim Di Hati - Nora Danish

24 Okt 2015



Sebelum ini Nora Danish mengumumkan hubungannya bersama Nediam sudah berakhir atas beberapa sebab.

Namun sejak beberapa minggu ini pasangan kekasih ini kembali bercinta dan mula memuatnaik gambar bersama di laman sosial masing-masing.

Nora memberitahu peminatnya supaya tidak terkejut sekiranya mereka berdua mengambil keputusan untuk berkahwin kelak.

Malah pelakon itu mengakui hanya Nedim sahaja dihatinya, menurut Rotikaya.

“Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan. Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali.

“Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia.

“Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai,” jelas Nora.

Nora juga menambah akan mengurangkan aktiviti memuatnaik gambar bersama kerana tidak mahu lagi disalaherti sesetengah pihak. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "