Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Wanita Berpurdah Main Muzik 'Heavy Metal' Tarik Perhatian Ramai

4 Okt 2015
No Comment

Mungkin ramai yang terkejut melihat gambar ini, tapi wanita berpurdah ini, Gisele Marie dari Brazil tidak mengendahkan pandangan orang lain demi cintanya terhadap muzik 'Heavy Metal'.

Gisele Marie adalah seorang pemain muzik 'heavy metal' professional yang berpengkalan di Sao Paulo, Brazil.

Marie, 42, pada asalnya seorang Kristian tetapi memeluk Islam pada 2009 setelah ayahnya meninggal dunia.

Marie menyertai kumpulan metal "Spectrus" yang dianggotai oleh abang-abangnya sendiri sejak 2012.

"Orang ramai tidak menyangka seorang muslimah yang memakai purdah, yang mengamalkan agama Islam, dalam masa yang sama adalah seorang pemain gitar yang bermain untuk kumpulan 'Heavy Metal", jadi ramai yang terkejut.

"Tapi mereka yang ingin tahu berpendapat perkara itu menarik, ada yang fikir ianya 'cool', tapi tentunya yang terkejut", kata Marie.

Marie menjadi viral di media sosial sehingga video temuramahnya dikongsi sehingga 21,000 kali.



This woman wears a burqa — and plays in a heavy metal band
Posted by NowThis on Tuesday, September 22, 2015





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "