Doktor Klinik Cabul Saya - Miss T
Kuala Lumpur, 20 Okt - Seorang wanita yang hanya mahu dirinya dikenali sebagan Miss T mendakwa dirinya dicabul oleh seorang doktor lelaki ketika dia mendapat rawatan di sebuah klinik kerajaan di Klang pada 8 Oktober lalu.
Miss T, 29, berkata dia ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan bagi sakit kepala dan batuk.
Miss T berkata, doktor terbabit meraba bahagian payudaranya beberapa minit ketika menjalankan pemeriksaan pernafasan.
Selain itu Miss T juga mendakwa doktor lelaki terbabit turut mengarahkan Miss T membuka baju termasuk coli namun arahan itu ditolak. Doktor terbabit kemudian memasukkan tangan ke dalam baju dan menyentuh payudara Miss T lagi.
Miss T kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang.
“Saya mahu polis menyiasat doktor terbabit dan tidak mahu perkara yang sama berlaku terhadap wanita lain,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang di sini hari ini memetik laporan dari TheRakyatPost.
Namun, Miss T berkata sehingga hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.
Miss T hadir pada sidang media pada hari ni dengan memakai topeng dan topi serta baju yang sama pada hari kejadian.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak mengesahkan sudah menerima laporan polis tersebut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan siasatan masih diteruskan,” katanya. - Siakapkeli.my