Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buku "Cari Dimana MH370" Diterbitkan, Turut Hantar Salinan Kepada Najib Razak

25 Okt 2015

25 Okt - Seorang penerbit buku dari Australia, Matthew Carpenter dikritik hebat oleh orang ramai apabila dia menerbitkan buku "Where's MH370?" yang menampilkan konsep yang sama dengan buku cari benda tersembunyi.

Di dalam buku tersebut, Matthew menggunakan tema yang sama di dalam buku kanak-kanak, Where's Waldo, dan meminta pembaca buku tersebut mencari dimana mangsa-mangsa MH370 yang masih hidup.

Antara tempat yang digunakan oleh buku terbabit termasuklah neraka, Rusia dan bulan.

Bagaimanapun, Matthew menyifatkan buku tersebut bukan satu untuk menyakitkan hati walaupun dia menggelar dirinya 'evil genius'.

Matthew juga berkata buku ini adalah cara untuk 'membantu' operasi pencarian termasuklah dengan menyediakan idea baharu untuk lokasi pencarian. Menurutnya, dia telah menghantar salinan buku tersebut kepada Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

"Saya masih belum menerima sebarang respon dari Turnbull atau Perdana Menteri Malaysia", kata Matthew.



Saya rasa orang ramai yang akan menyukainya. Mungkin ada yang tidak suka dan rasa ia cukup tidak sensitif.

Saya tidak tahu jika ada yang berasa perkara ini boleh menyinggung perasaan. Saya rasa perkara yang lebih sedih ialah jawapan yang tidak jelas serta tuduhan menipu yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia terhadap kes tersebut,” kata Mathew memetik laporan portal ninemsn.

Buku tersebut dijual pada harga ASD15 di laman wheresmh370book.com - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "