Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

APMM Sahkan Kapal Tangki Almi Spirit Ditawan Oleh Perompak Di Selat Singapura Hari ini

15 Okt 2015
No Comment


JOHOR BAHRU: Sebuah kapal tanki minyak, MT Almi Spirit yang didaftarkan di Liberia telah dinaiki enam perompak di Selat Singapura, hari ini.
 
Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar melalui laman twitter miliknya.
   
"Almi Spirit dinaiki 6 perompak di Selat Singapura 7am tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor," katanya menerusi laman Twitter terbabit.
 
Pihak APMM dikatakan akan mengadakan sidang akhbar berkenaan kejadian ini pada 1.30 petang ini di Pejabat APMM Wilayah Selatan.

Berdasarkan laporan dari marinetraffic.com, kira-kira 27 minit lalu(jam 12:15 p.m) kapal Almi Spirit berkenaan berada 6 kilometer dari perairan Tanjung Piai. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "