NEW YORK: Seorang remaja Islam yang dituduh oleh guru dan pihak sekolahnya mencipta bom dan dituduh pengganas kini menjadi perhatian dunia.
Nasibnya dilihat berubah sekelip mata selepas kejadian berkenaan di mana dituduh mencipta bom sedangkan dia mencipta jam dan dibawa ke sekolah untuk ditunjukkan kepada gurunya.
Remaja berkenaan yang berasal dari Texas ini kini dikatakan telah berpindah ke UAE dan menetap di sana bersama-sama dengan keluarganya.
Popularitinya kini sudah melonjak tinggi di mana dia telah dijemput oleh orang-orang kenamaan dunia.
Selepas meninggalkan Sekolah Tinggi MacArthur, beberapa kegiatan Ahmed menjadi tumpuan global dengan hashtag #IStandWithAhmed.
Berikut 10 tuah Ahmed yang paling menonjol dan boleh dibanggakan oleh beliau:
1. Dijemput ke Rumah Putih oleh Presiden Barack Obama
Ahmed dijemput menyertai sekumpulan pelajar, guru, saintis, angkawasan dan selebriti termasuk hos programme Mythbusters pada Malam Astronomi Rumah Putih di Washington DC.
“Ini satu peluang untuknya bercakap tentang sains dan sistem solar kita dan juga alam semesta … Kami harap Ahmed akan buat seperti rumah sendiri di sini,” kata Josh Earnest, setiausaha akhbar Rumah Putih.
Cool clock, Ahmed. Want to bring it to the White House? We should inspire more kids like you to like science. It's what makes America great.
— President Obama (@POTUS) September 16, 2015
2. Bergambar dengan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu dan Permaisuri Jordan, Ratu RaniaAhmed dan Ahmet : bertemu semasa Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-70 di New York pada 25 September lalu.
Mereka kemudiannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar selfie bertiga bersama isteri Ahmet, Sare Davutoğlu.
Ahmed juga sempat bertemu Rania semasa Social Good Summit PBB pada September lalu.
3. Berjumpa pengasas Google di pesta sains
Ahmed melalui akaun twitter @IStandWithAhmed memuat naik gambarnya bersama salah seorang pengasas Google, Sergey Brin, di Google Science Fair pada 21 September lalu.
“Terima kasih @Google kerana menyediakan tempat untuk saya di #googlesciencefair. Projek-projek dan para pesertanya hebat,” katanya.
Thanks @Google for saving me a seat at #googlesciencefair. Amazing projects and people pic.twitter.com/kpjVmlRPHY
— Ahmed Mohamed (@IStandWithAhmed) September 22, 2015
4. Dijemput bertemu pengasas FacebookSeperti Brin, Mark Zuckerberg dalam statusnya di Facebook tidak sabar untuk berjumpa dengan Ahmed selepas insiden terbabit.
“Ahmed, jika mahu ke Facebook, saya mahu berjumpa anda. Teruskan usaha,” katanya pada 17 September lalu.
You’ve probably seen the story about Ahmed, the 14 year old student in Texas who built a clock and was arrested when he...
Posted by Mark Zuckerberg on Wednesday, September 16, 2015
5. Duduk di kerusi mewah dengan Presiden Sudan
Bapa Ahmed berasal dari Sudan. Keluarganya diundang melawat kediaman rasmi presiden negara itu, Omar al Bashir, pada 14 Oktober.
Namun, pertemuan itu dianggap sangat kontroversi kerana Omar pernah didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah perang dan merancang pembunuhan beramai-ramai di Darfur pada tahun 1990-an.
6. Dijemput bertemu angkasawan Nasa
Ketika ditahan polis, Ahmed memakai baju T kelabu berlambangkan Agensi Pentadbiran Aeronautik Kebangsaan (Nasa).
Perkara itu menarik minat angkasawan Kanada, Chris Hadfield, lalu menjemput remaja kacukan kulit hitam Amerika-Arab itu melawat negaranya untuk menghadiri sebuah persembahan sains.
Hi @IStandWithAhmed ! I'd love you to join us for our science show Generator in Toronto on 28 Oct. There's a ticket waiting for you.
— Chris Hadfield (@Cmdr_Hadfield) September 16, 2015
7. 28 September ‘Hari Ahmed’ di New YorkDatuk Bandar New York, Bill de Blasio, turut mengisytiharkan 28 September sebagai “Hari Ahmed” di kota metropolitan Amerika itu ketika remaja itu datang berkunjung.
8. Muncul di TV bersama Dr Oz
Ahmed muncul dalam sebuah rancangan TV bersama Dr Oz, pakar bedah Turki-Amerika dan pengacara terkenal, juga rakan baik selebriti TV, Oprah Winfrey.
Sebagai tetamu dalam rancangan itu, Ahmed “mengajar” Dr Oz sebuah eksperimen menggunakan nitrogen cecair.
9. Dijemput menyertai universiti impiannya: MIT
Ahmed dalam sebuah programme bual bicara selepas bebas tahanan polis menyatakan impiannya untuk melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Massachusetts (MIT).
Pensyarah astrofizik MIT Chanda Prescod-Weinstein kemudian muncul di penghujung rancangan itu di saluran televisyen MSNBC. Beliau menyifatkan Ahmed sebagai “pelajar ideal saya”.
10. Menunaikan haji di Mekah
Tidak lupa pada impian terbesar setiap Muslim untuk menunaikan rukun Islam kelima, Ahmed dianggap bertuah kerana diberi peluang menunaikan haji bersama keluarganya.
“Mekah bersama keluarga saya,” katanya, memuat naik gambarnya dengan lata rbelakang Kaabah dalam Twitter 10 Oktober lalu.
#Mecca with my family. pic.twitter.com/r2cbeR4CKx
— Ahmed Mohamed (@IStandWithAhmed) October 10, 2015
- Siakapkeli.mySumber: TheMalayMail