Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Mengamuk Di Pejabat Pos Selepas Sistem Biometrik "Offline" Semasa Gilirannya

28 Ogo 2015
One Comment

BACHOK: Gara-gara terlalu lama menunggu gilirannya di pejabat pos dan semasa sampai gilirannya alat biometrik cap jari pula "offline" menyebabkan seorang wanita telah mengamuk di Pejabat Pos Bachok, Jalan Besar di sini semalam.

Berdasarkan cerita sumber yang kami terima, kejadian ini berlaku kira-kira jam 1 petang wanita berumur 40-an berkenaan telah menuggu nombor gilirannya untuk mengeluarkan wang daripada akaun Amanah Saham Bumiputera.


Punca kemarahannya berdasarkan sumber adalah kerana pejabat pos berkenaan hanya beroperasi satu kaunter dari empat kaunter yang ada dan setelah lama menunggu tiba-tiba dimaklumkan sistem "offline" menyebabkan dia mengamuk menjatuh dan merosakkan barangan di dalam pejabat pos berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. kekadang kene ajar jgk pbt pemalas ni..abiskan duit rakyat buat office utk kaunter besar2..tp buka 1...sistem pon x ugrade

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "