Suspek Tembak Wartawan Dan Jurukamera Mati Bunuh Diri
VIRGINIA: Rentetan kejadian tembakan yang meragut nyawa dua orang wartawan dan jurukamera salah sebuah stesen televisyen Amerika Syarikat, suspek kejadian itu dilaporkan telah meninggal dunia selepas beberapa jam menembak dirinya sendiri.
Suspek, Vester Flanagan dipercayai berdendam dengan stesen televisyen WDBJ Channel 7, selepas dipecat dua tahun lalu.
Selepas bertindak menembak kedua-dua mangsa. Flanagan juga memuatnaik video tembakan ke atas Allison Parker di laman mikro Twitternya, @bryce_williams7.
Dia juga menghantar 23 muka surat dokumen kepada stesen ABC News selepas insiden tembakan tersebut untuk menjelaskan motif tindakannya itu.
Dia mendakwa tindakannya berpunca daripada insiden tembakan di sebuah gereja di Charleston, South Carolina Jun lalu, yang mengorbankan 9 orang.
Wartawan, Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27 ditembak ketika bersiaran langsung dalam sebuah program pagi bersama seorang tetamu undangan.
Kejadian tersebut mengejutkan kakitangan stesen berkenaan sehingga bertindak mematikan siaran beberapa saat selepas itu. -Siakapkeli.my