Siasatan dan Ambil Tindakan Keatas Gerakan Guling Kerajaan - Shafie Apdal
SEMPORNA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan keatas anggota yang terlibat untuk mengguling kerajaan.
Menurut beliau, siasatan perlu dijalankan lebih mendalam untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan itu.
"Sekiranya terbukti ada mana-mana anggota parti yang terlibat dan ia bercanggah dengan undang-undang, maka ia boleh diambil tindakan kerana kita perlu faham dengan sistem demokrasi serta ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi," katanya memetik laporan dari mStar Online.
Beliau memberi kenyataan tersebut ketika mengulas tentang pendedahan dari Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa ada gerakan yang kini dalam proses menggulingkan kerajaan. Zahid turut berkata gerakan itu didalangi oleh seorang tokoh UMNO. - Siakapkeli.my