Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penentang Najib di Bawah Tapak Kaki Saya - Diva AA

19 Ogo 2015

Azwan Ali, atau lebih dikenali sebagai Diva AA menyifatkan pihak yang menentang Perdana Menteri berada di bawah tapak kakinya.

"Kepada semua pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak kaki saya," katanya memetik laporan dari Sinar Harian Online.

Tambah Azwan Ali lagi, hak untuk menyokong Perdana Menteri adalah hak mutlaknya yang dijamin oleh perlembagaan.

"Kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," katanya.

"Beberapa tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana termakan dengan segala fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya kembali berpihak kepada kerajaan selagi Datuk Seri Najib tidak dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah dalam Malaysia, mahupun di luar negara," tambahnya lagi.

Mengulas laporan polis yang dibuat berkenaan ugutan yang diterima olehnya di laman Instagram baru-baru ini, Azwan menyifatkan individu yang membuat ugutan itu sebagai biadap.

"Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap! 

"Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih," kata Azwan.

Selain dari itu, beliau turut menasihatkan pengguna media sosial Instagram yang bersikap anti Najib supaya bermuhasabah diri sebelum meringkuk dalam penjara.

"Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa, supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua.

"Saya juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib dilaga-lagakan dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana dalam soal politik, tiada ruang berkompromi tentang apa yang benar. Saya pertahankan dan menyokong Datuk Seri Najib bukan kerana menghadap mana-mana habuan daripada kerajaan.

"Azwan Ali hanya takut kepada ALLAH SWT, dan tidak perlu mengugut saya walaupun anda anti Perdana Menteri," katanya di akhir temuramah itu - Siakapkeli.my

Sumber : www.sinarharian.com.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "