Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

NCSM Nafi Keluarkan Kenyataan Tindakbalas Nikotin Dengan Rokok Elektrik Punca Kanser, Tetapi..

18 Ogo 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) semalam tampil menafikan yang pihak mereka pernah mengeluarkan kenyataan tindakbalas nikotin dengan rokok elektrik mempunyai sifat sama dengan sifat asid nitrik penyebab kepada penyakit kanser.

Perkata ini dinafikan oleh Unit Perhubungan Awam dan Komunikasinya melalui satu kenyataan media semalam di mana sebenarnya bukan tindakbalas nikotin dengan rokok elektrik punca kanser.

“Apabila cecair nikotin bercampur dengan bahan pelarut yang lain seperti propelyn glycol dan glycerine yang disedut melalui rokok elektrik dan diruapkan kembali ke udara bersama nitrogen oksida, campuran inilah yang boleh menyebabkan pemangkin kepada kanser di kalangan pengguna rokok elektrik,” kata.

Sebelum ini media ada melaporkan pakar kanser tabiat menghisap cecair nikotin menggunakan rokok elektronik menjadi punca penggunanya menghidap penyakit maut, iaitu kanser.

Menurut laporan sebelum ini lagi ia disahkan oleh Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser NCSM, Dr Dalilah Kamaruddin dimana katanya proses pengewapan cecair nikotin, yang dihasilkan daripada rokok elektronik, akan disedut pengguna dan wap nikotin mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik. - Siakapekeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "