Nasihat Utusan Kepada Ahmad Maslan : Hati-hati Sebelum Bercakap
Hari ini, Datuk Ahmad Maslan dinasihati oleh Akhbar Utusan Malaysia supaya menjadi seorang yang lebih bijak setelah pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Kata-kata nasihat yang dilemparkan melalui ruangan pojok Awang Selamat itu berkata Ahmad Maslan perlu menggunakan peluang kedua yang diberi untuk membaiki kelemahan dirinya yang seringkali mengeluarkan kenyataan kontroversi tanpa mengendahkan kesan terhadap kerajaan dan masyarakat.
"Harap-harap Ahmad akan ambil iktibar pengalaman sebelum ini yang kerap mencetuskan kontroversi melalui kenyataannya.
"Beliau perlu lebih berhati-hati sebelum bercakap dengan mengambil kira implikasi kepada kerajaan dan masyarakat awam," kata ruangan tersebut.
Tambahnya lagi, Ahmad adalah seorang pemimpin yang berdedikasi, rajin dan komited namun apa yang rakyat perlukan adalah pemimpn yang bijak dan kemas dalam mengurus persepsi.
"Kerja kuat sahaja tidak memadai. Lebih-lebih lagi pada era yang mencabar ini.
"Ini zaman yang menuntut pemimpin bijak dan kemas dalam mengurus persepsi. Lagipun, pemimpin bukan sahaja dinilai dengan kata-kata, yang lebih penting tindakan dan hasilnya," kata ruangan tersebut.
Ahmad Maslan seringkali dikritik terutamnya di media sosial apabila dia mengeluarkan kenyataan yang dianggap kurang bijak terutamanya dalam isu GST.
Terbaru, kenyataan Ahmad Maslan berkenaan isu "Kalau esok PRU" sekali lagi mengundang komen kritis dari orang ramai yang menganggap komen itu kurang bijak. - Siakapkeli.my