Makhluk Asing Lawat Bumi Untuk Halang Peperangan - Angkasawan
Edgar Metchell, manusia keenam yang menjejakkan kaki di bulan berkata tujuan makhluk asing melawat bumi adalah untuk mengekalkan keamanan di dunia.
Edgar yang membuat rekod apabila berjalan di atas bulan ketika misi Apollo 14 pada tahun 1971 berkata demikian kepada portal berita Mirror Online dalam satu temuramah.
Edgar percaya bahawa penampakan UFO yang dilaporkan di pengkalan askar sewaktu Perang Dingin adalah kerana mereka(UFO) mahu menghalang dari berlakunya perang nuklear antara U.S dan Soviet Union.
"Dari pengalaman saya bercakap dengan ramai orang, terbukti bahawa makhluk asing cuba menghalang kita dari berperang dan cuba menghidupkan keamanan di atas muka bumi", katanya.
Tambahnya "Saya sudah bercakap dengan ramai pegawai udara yang bekerja ketika Perang Dingin. Mereka memberitahu saya penampakan UFO seringkali terjadi dan mereka(UFO) seringkali merosakkan senjata misil. Pegawai lain dari pangkalan di pantai Pasifik memberitahu saya peluru berpandu yang dilepaskan untuk diuji seringkali ditembak jatuh oleh kapal angkasa makhluk asing. Banyak aktiviti aneh pada masa itu"
Edgar mula percaya dengan kewujudan makhluk asing apabila diapulang dari bulan pada 1971. - Siakapkeli.my