Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Janin Kembar Ditemui Dalam Tandas Surau

17 Ogo 2015
No Comment


KUALA TERENGGANU: Sepasang janin dipercayai janin kembar telah ditemui oleh seorang remaja lelaki di surau kampung Durian Burung dekat sini semalam.

Remaja berkenaan yang dikenali sebagai Ahmad Afkar Salleh, 18, berkata di menjumpai janin berkenaan kira-kira jam 3 petang semalam dan terus menghubungi penduduk kampung.

"Saya amati ketulan itu dan syak sesuatu sebelum memanggil orang kampung untuk melihat ketulan tersebut," katanya.

Kejadian ini juga telah disahkan oleh Hj Ahmad Amzad Hashim iaitu setiausaha Surau berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Idris Abd Rafar ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengesan orang yang bertanggunjawab. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "