Dr M Enggan Ulas Isu 1MDB Kerana Bercakap Mengenainya Kini Dianggap Penjenayah
Mantan Perdana Mneteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kini sedang memikirkan semula untuk terus menulis tentang isu kontroversi 1MDB kerana risau akan ditahan kerana bercakap mengenai 1MDB sekarang seolah-olah melakukan jenayah.
"Saya mungkin dijemput polis untuk disoal siasat. Saya tak fikir mereka akan menahan saya di penjara tetapi kemungkinannya ada," katanya dipetik Malaysiakini.
Semalam Dr Mahathir berkata beliau enggan memberi komen mengenai 1MDB - seperti dilakukannya sebelum ini - kerana bimbang ia dianggap sebagai perbuatan jenayah.
Beliau berkata, terdapat kemungkinan beliau akan ditanya mengapa menulis mengenai isu berkaitan agensi kerajaan itu.
"bercakap atau menulis adalah sama saja." jawabnya.
"Bukan sahaja saya malah The Wall Street Journal juga disiasat kerana melaporkan isu berkenaan."
Sebagai rakyat Malaysia, Dr Mahathir berkata, dia akan akur terhadap pendapat bahawa sebarang perbincangan mengenai 1MDB adalah jenayah.
"Dan saya tak suka melakukan jenayah," katanya. - Siakapkeli.my