Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ras Adiba Radzi Lepas Geram Di Facebook Selepas Keretanya Di Himpit Dalam Parkir OKU

14 Ogo 2015
No Comment

Bekas pembaca berita TV3 yang kini bertugas di NTV7, Ras Adiba Radzi telah melepaskan kemarahannya di laman Facebook dengan sikap sesetengah orang ramai yang menyalahgunakan kemudahan tempat parkir kereta untuk golongan  orang kurang upaya (OKU).

Ras Adiba yang juga merupakan seorang OKU setelah lumpuh separuh badan memuatnaik sekeping gambar memaparkan keadaan yang menimpanya hari ini.


Berdasarkan gambar menunjukkan sebuah kereta jenis toyota Altis telah menyelit diantara keretanya dengan sebuah kereta lain menyebabkan doa tidak dapat keluar dari kereta.

“Di manalah kamu letak otak? Bagaimana saya hendak keluar daripada kereta saya!

"Saya terperangkap, tak dapat keluar daripada Volvo putih,ishh sabar jer lah."

“Semua orang tolong jadikan viral, lebih baik jika berita dia, dia mungkin lupa bawa otak sekali bila keluar rumah... haiyo!” katanya.

Sudah menjadi kebiasaan sekarang pemandu cukup lengkap sifat badan meletakkan kenderaan di ruang khas parkir untuk golongan OKU terutamanya di pusat membeli belah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "