Susulan tersebarnya sebuah video yang menunjukkan penyanyi Stacy AF atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Abdullah memeluk Islam, penyanyi yang juga merupakan teman lelaki Stacy, Akim AF meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan individu yang merakam video Stacy mengucap Shahadah dan menyebarkan video berkenaan.
Menurut Akim rakaman dan penyebaran video berkenaan adalah satu tindakan yang tidak beramanah kerana ibu Stacy sendiri telah meminta supaya pihak-pihak terlibat tidak membuat sebarang rakaman.
Privacy orang jangan di share. Jaga kehormatan. Anda merakam tanpa kebenaran. Itu sangat pasti, TANPA KEBENARAN. Sila tampil.
— Akim (@AkimAhmad) August 24, 2015
Menurut beliau biarkan pun perkara itu menunjukkan sesuatu yang baik tetapi mereka tidak sepatutnya berbuat demikian kerana sudah dipesan oleh ibu Stacy selain meminta Stacy diberikan ruang kepadanya dengan menyifatkan "Setiap individu perlukan ruang".Akim telah menuntut supaya si perakam tampil dan memohon maaf.
Pihak tak bertanggungjawab sebarkan lagi. Sebelum apa-apa berlaku, saya rasa lebih baik yang merakam tampil. Saya tau anda bertudung pink.
— Akim (@AkimAhmad) August 24, 2015
Privacy orang jangan di share. Jaga kehormatan. Anda merakam tanpa kebenaran. Itu sangat pasti, TANPA KEBENARAN. Sila tampil.
— Akim (@AkimAhmad) August 24, 2015
Tapi jelas yang rakam tak hormati perkataan privacy. Dan rakam secara sembunyi, dan tanpa kebenaran, jelas sini?
— Akim (@AkimAhmad) August 25, 2015
Berdasarkan laporan Stacy telah memeluk agama Islam di Jabatan Agama Islam Johor. Stacy ditemani ibu bapa penyanyi Akim, selain ibunya sendiri.Tindakan Stacy berkenaan disambut baik oleh peminat di mana rata-rata netizens memuji tindakan tersebut dan mendoakan agar kehidupan Stacy lebih baik dan tenang mengharungi hidup sebagai seorang Muslim.
BACA: Penyanyi, Stacy Sah Peluk Agama Islam
Stacy dikatakan akan mengadakan sidang media hari ini pada jam 2 petang di ibu pejabat Astro di Bukit Jalil untuk mengesahkan isu berkaitan ini. - Siakapkeli.my