Jika semalam berlaku pergaduhan besar yang melibatkan beberapa kumpulan di sekitar Plaza Low Yat di mana keadaan tegang dengan kejadian pukul memukul dan rusuhan yang menyebakan pihak polis terpaksa mengambil alih keadaan.
Sehingga 9 pagi tadi di dapati keadaan di sekitar Plaza Low Yat kembali seperti biasa, sunyi seperti tidak berlaku apa-apa semalam.
Perkembangan mengenai suasana di Plaza Low Yat dan sekitar di kemaskini dari semasa ke semasa oleh wartawan Astro Awani, Hilal Azmi melalui laman Twitternya.
Suasana sunyi bagai tiada apa yg berlaku di #LowYat .... Org ramai masih melakukan kerja seperti bisa. @501Awani pic.twitter.com/pfQOv7vkIL
— HilalAzmi (@HilalAzmi) July 13, 2015
— HilalAzmi (@HilalAzmi) July 13, 2015
Kebanyakan kedai di #LowYat dibuka sedikit lewat berbanding hari biasa.. @501Awani pic.twitter.com/I2yt02Ksce
— HilalAzmi (@HilalAzmi) July 13, 2015
— HilalAzmi (@HilalAzmi) July 13, 2015
Orang ramai dilihat menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa rasa takut dan cuma terdapat beberapa anggota polis meronda selang beberapa minit di kawasan berkenaan.
Pondok polis sementara juga telah diwujudkan di hadapan plaza berkenaan. Tiada kelibat orang ramai seperti yang berlaku semalam.
Kredit gambar, Hilal Azmi
Ternyata keadaan ini menghadirkan rasa lega bagi penduduk yang berurusan atau tinggal berhampiran kawasan berkenaan.
Apapun diminta kepada orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin yang tersiar di laman-laman sosial, kita serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang terjadi. - Siakapkeli.my