The Edge Digantung Permit Selama Tiga Bulan
PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula pada 27 Julai (hari ini).
The Edge berkata, mereka telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri kerana pendedahan yang mereka lakukan keatas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut The Edge lagi, surat itu menyatakan dua laporan 1MDB yang dikeluarkan oleh penerbitan itu boleh mengganggu ketenteraman awam.
Surat itu turut menyatakan kegagalan untuk memberhentikan penerbitan selama tiga bulan boleh menyebabkan permit penerbitan The Edge ditarik balik. - Siakapkeli.my