Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sayur Dihidang Untuk Kim Jong Un Diperiksa Guna Mikroskop Terlebih Dahulu

13 Jul 2015
No Comment

Pyongyang: Siapa sangka, walaupun digeruni ramai kerana sifatnya yang bengis, diktator Korea Utara, Kim Jong-un sebenarnya fobia keracunan makanan.

Oleh kerana itu, pihak berkuasa tertinggi di negara terbabit memeriksa semua sayur yang di tanam di ladang Jong-un menggunakan mikroskop sebelum ia disajikan sebagai hidangan kepada Kim Jong-un.

Sayur yang dipilih secara teliti diperiksa oleh unit yang ditetapkan setiap hari sebelum pemeriksaan terakhir dilakukan.

Mikroskop digunakan untuk mengesan racun, toksin dan elemen berbabaya lain. Hasil tanaman itu tidak diperiksa di peringkat ladang saja. Ia akan dibawa ke Biro Pengiring untuk mendapatkan ‘lampu hijau’ sebelum disajikan kepada pemimpin itu,” kata satu sumber dalam memetik laporan dari Dailymail.

Lebih dari itu, mereka yang mempunyai "songbun" atau hubungan kekeluargaan dan setia kepada Kim Jong-un sahaja yang dibenarkan menjadi pegawai ladang. Selain itu mereka juga perlu lulus menjadi doktor dahulu sebelum menggalas tanggungjawab terbabit.

Pegawai ladang ialah penduduk Pyongyang yang mempunyai ‘songbun’ dan status serta lulusan dari Universiti Perubatan Pyongyang. Mereka mengambil masa beberapa minit untuk memeriksa sehelah daun salad,” kata sumber itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "