Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Restoran Makanan Segera Dan Gerai 24 Jam Lubuk Kaki Ponteng Puasa

11 Jul 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Restoran makanan segera dan kedai makan 24 jam telah dikenal pasti sebagai "port" untuk orang Islam yang tidak berpuasa di ibu kota.

Memetik laporan The Rakyat Post, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Wan Jaafar Wan Ahmad berkata lima lokasi disekitar Kuala Lumpur sudah dikenalpasti menjadi tempat tumpuan geng plastik hitam ini membeli makanan pada waktu siang.

Berdasarkan maklumat dan risikan anggota mereka, lokasi yang dikenal pasti ialah di Jalan Semarak, Pusat Bandar Damansara, Bukit Bintang, Wangsa Maju dan Bandar Permaisuri, Cheras.

“Berdasarkan pemerhatian kami, mereka memilih untuk beli dan makan di restoran makanan segera dan kedai makan 24 jam kerana khidmat yang ditawarkan lebih cepat serta tiada yang berani mempersoalkan tindakan mereka.

“Bagaimanapun ada juga yang berani makan di gerai-gerai tepi jalan dengan selamba tanpa rasa segan. Mereka langsung tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya.

Pihak JAWI telah sehingga kini telah menahan seramai 28 individu berumur dalam lingkungan 18-53 tahun kerana merokok, makan di khalayak ramai dan menjual makanan kepada umat Islam.

Seperti biasa alasan yang diberikan oleh mereka selepas ditangkap ialah sakit dan terpaksa mengambil ubat berjadual atau tidak sempat bersahur.

“Ada juga yang beri alasan bekerja sebagai buruh di tempat pembinaan, pemandu yang sedang bermusafir dan sakit gastrik.

“Bagaimanapun kita tidak mempersoalkan perkara itu, yang kami ambil tindakan kerana mereka tidak menghormati bulan suci ini dengan makan di tempat awam,” katanya.

Bagi perniaga pula mereka memberikan alasan bahawa jika gerai makanan mereka tidak dibukan sumber pendapatan mereka akan terjejas.

“Ada antara mereka mengambil kesempatan buka gerai untuk jual kepada bukan Islam tetapi bila kita periksa kuantiti yang dimasak banyak seperti hari biasa,” katanya.

Individu yang ditahan atas kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 15a dan b Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "