Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Tahan Papa Gomo Dibawah Akta Hasutan

15 Jul 2015

KUALA LUMPUR: Pihak polis telah menahan blogger Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris semalam berhubung isu penyebaran berita palsu berikutan insiden Lowyat yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menahan 26 individu termasuk pengendali blog Papa Gomo.

Selain itu beliau juga turut berkata polis juga kini turut memburu beberapa individu lain termasuk seorang Ketua Bahagian satu parti politik di Pulau Pinang yang dikatakan aktif menyebarkan berita palsu di media sosial.

"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghasut ataupun menyebarkan maklumat palsu mengenai insiden itu," katanya memetik laporan Berita Harian.

Wan Mohd Azri Wan Deris ditahan di rumahnya malam tadi mengikut Akta Hasutan.

Papa Gomo telah didakwa menyebarkan gambar seorang lelaki Melayu yang dikatakan tercedera dalam insiden Lowyat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "