Padah Keluarkan Belerang Mercun Bola, Seorang Kanak-Kanak Beraya Di Hospital Tahun Ini
Melaka: Gara-gara membakar belerang yang telah dikeluarkan dari 3 biji mercun bola seorang kanak-kanak terpaksa beraya di hospital tahun ini selepas mukanya melecur akibat disambar api belerang berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Aiman Dzulkarnain, 9, mengalami kesan terbakar tahap kedua dimana hampir tiga peratus kulit mukanya melecur selain rambut mempunyai kesan terbakar.
Bagaimanapun rakan-rakannya yang berusia berusia 10 dan 14 tahun turut cedera di tangan dan rambut terbakar akibat terkena haba panas.
Ibu mangsa, Fazilah Hamdan, 42, berkata, ketika kejadian dia sibuk menyiapkan juadah berbuka dan suaminya Dzulkarnain Baba, 49, tidak menyedari anak mereka bermain mercun. - Siakapkeli.my