Mengejutkan, Mengapa TMJ Letak Jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor?
Tunku Mahkota Johor diumumkan telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, berkuatkuasa semalam.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Mohd Fahmy Yahya.
Hal itu sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak kerana Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak menyatakan sebarang alasan di sebalik peletakan jawatan itu.
Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi (semalam- 12 Julai 2015).
"Untuk makluman semua, YB Dato’ Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
"Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.
"Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi (semalam- 12 Julai 2015).
"Untuk makluman semua, YB Dato’ Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
"Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan," demikian memetik kenyataan itu. -Siakapkeli.my