Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lagu Negaraku Akan Berkumandang Lagi Di Pawagam Sempena Sambutan Merdeka Tahun Ini

8 Jul 2015



Inisiatif memainkan lagu Negaraku di setiap pawagam sebelum tayangan sesuatu filem akan diteruskan sempena Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, sejak ia mula diperkenalkan dua tahun lalu, inisiatif itu menunjukkan perkembangan positif di kalangan masyarakat bagi menyemai rasa cintakan negara, terutamanya di kalangan anak-anak muda.

"Insya-Allah, langkah itu akan diteruskan dan dimasukkan di dalam program kemerdekaan tahun ini oleh sekretariat merdeka," katanya memetik mStar.

Nyanyian lagu Negaraku di setiap pawagam mula dicadangkan pada 16 Ogos 2013 sempena sambutan hari merdeka ke-56 negara. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "