Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Impian Gadis Mahu Selamatkan Nyawa Orang Tercapai Selepas Tekorban Demi Selamatkan Rakan

11 Jul 2015
No Comment


Seorang gadis Connecticut, Amerika Syarikat berusia 17 tahun telah berjaya memenuhi impiannya yang disenaraikan di dalam cabaran bucket list, tetapi impiannya itu merupakan hari terakhirnya hidup di dunia.

Beliau telah meninggal dengan keadaan penuh bermaruah dan impiannya terlaksana untuk menyelamatkan nyawa orang apabila dia telah menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan rakan baik.

Rebecca Townsend telah membaut senarai impiannya di mana impian pertama dia mahu pergi ke Sepanyol, kedua mahu bercumbu dalam hujan dan yang terakhir dia mahu menyelamatkan nyawa orang.

Impian pertama dan keduanya telah berjaya dilengkapkan selepas menghabiskan pengajiannya tahun ini dan  terbaru Rebecca telah melengkapkan impiannya apabila terlibat di dalam nahas jalanraya.

Dia dikatakan telah menolak rakannya ke tepi daripada dilanggar sebuah kereta yang bergerak laju ke arah mereka sebelum hanya dilanggar.

Impian tersebut hanya diketahui selepas senarai yang dibuatnya itu ditemui di atas keatilnya pada malam dia kemalangan. – Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "