Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

3 Video & 11 Gambar: Pergaduhan Beramai-ramai di Plaza Lowyat

11 Jul 2015

Satu pergaduhan berlaku di Plaza Lowyat yang melibatkan tujuh individu pada jam 7.50 malam Sabtu. Pergaduhan ini telah mencetuskan kesesakan di plaza berkenaan.

Sebuah kedai telefon bimbit di Plaza berkenaan telah mengalami kerosakan akibat daripada pergaduhan tersebut.

Menurut sumber polis, suspek telah memecahkan peralatan dalam kedai itu dan memukul pekerja kedai tersebut.

Selain itu, katanya kerugian dianggarkan lebih RM 70,000.

“Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.” katanya memetik Harian Metro.

“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

BACA: Amuk Lowyat — Polis Perjelas Cerita Sebelah Pengamuk

Manakala beberapa buah video menunjukkan orang ramai sesak mengerumi tempat kejadian selain itu beberapa babak pergaduhan sehingga ada premis-premis lain yang menjadi mangsa pergaduhan. — Siakapkeli.my

Video-Video Pergaduhan di Plaza Lowyat




Kamera 1: Pergaduhan di lowyat. Ada sape2 tahu ini pasal apa ni? Menurut maklumat, premis OPPO hanya menjadi mangsa pergaduhan.Kiriman: Danial Effendy
Posted by Siakap Keli on Saturday, July 11, 2015




Kamera 2: Kes pergaduhan di Lowyat. Sesiapa boleh sahkan punca kejadian ini? Setakat ini punca sahih Siakapkeli belum dapat kenal pasti. Sumber awal mengatakan berpunca dakwaan terhadap seorang pemuda mencuri telefon Lenovo. Lokasi pintu gerbang lowyat dengan tajaan Samsung.Sumber: Oh! Media
Posted by Siakap Keli on Saturday, July 11, 2015


Gambar-Gambar Pergaduhan di Plaza Lowyat











Sumber gambar: Oh Media!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "