Dibuang Isteri Dan Mentua Kerana Tidak Mampu Beli Barang Kemas Dan Gaji Kecil
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang penjawat kerajaan yang kini dikatakan tertekan dengan keadaan hidupnya.
Menceritakan tentang hidupnya kepada akhbar tabloid terkenal, Harian Metro, dia telah dibuang oleh isterinya hanya gara-gara tidak mampu untuk memenuhi kehendak isterinya yang mahukan barang kemas yang berharga ribuan ringgit.
Beliau yang hanya dikenali sebagai Amin, 24, bukan sahaja 'dibuang' oleh isterinya tetapi oleh keluarga mentuanya kerana baki pendapatan dari gajinya hanya tinggal RM900 sebulan selepas ditolak segala komitmen.
“Sejak dilahirkan Jun lalu, saya hanya sempat bertemu dengan anak dua kali. Paling lama pun 10 minit sebelum dihalau keluarga isteri.”
“Kami berkahwin pada penghujung 2013 atas dasar suka sama suka, tetapi dia mula berubah sikap selepas hampir setahun kami berumah tangga.
“Tanpa memikirkan pendapatan saya yang hanya cukup untuk keperluan harian, dia kerap meminta barangan kemas seperti gelang dan rantai yang berharga ribuan ringgit. Disebabkan saya gagal memenuhi kehendaknya, dia buat perangai dan kami mula bertengkar,” katanya yang ditemui selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Perunding Motivasi dan Kaunselor Berdaftar Hushim Salleh di Klang.
Menurut Amin lagi, perangai isterinya mula berubah selepas isterinya itu mendapat pekerjaan yang gajinya lebih lumayan berbandingnya. - Siakapkeli.my