Selepas putus cinta dengan Emma Maembong, dunia hiburan gempar seketika apabila Zizan Razak mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis.
Pelawak itu memberitahu bakal bernikah dengan Nor Edura Diyana Hisham pada Jun 2015.
Bagaimanapun spekulasi berhubung percintaan mereka mula bertebaran memandangkan tidak ada sebarang persiapan yang dilakukan untuk majlis pernikahan mereka.
Memetik Rotikaya, Zizan memberitahu dia dan pasangan terpaksa menangguhkan seketika majlis tersebut kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan di antara keluarga terlebih dahulu.
“Saya minta maaf tak dapat komen apa-apa tentang itu. Saya ada sebab yang terlalu peribadi membabitkan keluarga dan beberapa pihak lain untuk tidak bercerita lanjut. Tunggulah bila tiba masa sesuai saya akan bercerita. Saya harap anda faham dan hormati situasi saya sekarang," ujar Zizan. -Siakapkeli.my