Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Tersilap Tekan Pedal Sebabkan Kereta Rempuh Stesen Minyak

10 Jun 2015
No Comment


Dungun: Akibat tertekan pedal minyak, sebuah kereta Honda Accord menyebabkan cermin kedai sebuah stesen minyak pecah kira-kira jam 12 tengah hari ini.

Wanita terbabit yang berusia 40-an dikatakan berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak petrol keretanya dalam kejadian yang berlaku di dekat Batu 49 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan semalam.

Menurut laporan, wanita berkenaan tersilap tekan pedal minyak menyebabkan keretanya meluncur dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta Proton Iswara yang sedang mengisi minyak di depannya.



Pemilik kereta Iswara yang sedang mengisi minyak keretanya terkejut apabila keretanya tiba-tiba meluncur ke depan sehingga menyebabkan cermin kedai runcit pecah.

Pemandu Honda Accord tersebut kemudian pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk membuat laporan polis. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "