Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Takut Kantoi Hubungan Songsang Dengan Bapa Sendiri, Wanita Cekik 8 Anaknya Sampai Mati

27 Jun 2015



PARIS: Bimbang diketahui ahli keluarga termasuk suaminya sendiri, Dominique Cottrez bertindak mencekik lapan anaknya sehingga mati hasil daripada hubungan songsang bersama bapanya.

Wanita yang berusia 51 tahun itu mula dibicarakan di mahkamah di selatan Perancis dengan kemungkinan boleh dihukum penjara seumur hidup.

Cottrez yang juga seorang jururawat memberitahu polis dia dirogol oleh bapanya sendiri sejak berumur lapan tahun dan akan membunuh anaknya setiap kali didapati mengandung hasil hubungan dengan bapanya sendiri.

Malah tubuhnya yang gemuk juga memberi kelebihan kepada dirinya untuk menyorok kehamilan tanpa disedari suami, anaknya, jiran dan ahli keluarga yang lain.

Lebih mengejutkan Cottrez yang mempunyai dua anak perempuan mengakui lebih mencintai bapanya berbanding suaminya sendiri.

Bapanya bagaimanapun telah meninggal dunia pada 2007.

Kes berkenaan menjadi perhatian di Perancis apabila satu mayat bayi ditemui di kampung Cottrez pada 2010.

Hasil siasatan polis juga menjumpai tujuh lagi mayat, termasuk enam lagi di tempat parkir kereta. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "