Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sinabung Mula Meletus, Lebih 10,000 Penduduk Tempatan Lari SelamatkanDiri

19 Jun 2015


JAKARTA: Lebih 10,000 penduduk kampung berhampiran Gunung Berapi Sinabung mula lari menyelamatkan diri apabila gunung itu mula memuntahkan laharnya.

Langkah itu juga berikutan tindakan pihak berkuasa menaikkan status amaran gunung berapa di Pulau Sumatra pada tahap tertinggi sejak awal bulan ini.

Gunung Sinabung yang aktif kembali sejak dua tahun lalu mula meletus pada minggu lalu dengan mengeluarkan abu dan batu panas ke udara.

Letusan kuat gunung berkenaan pada tahun lalu meragut nyawa 16 penduduk tempatan.

“Kira-kira 7,500 penduduk telah dipindahkan dari kampung-kampung mereka susulan letusan gunung berapi itu pada hujung minggu lalu.

“Mereka meninggalkan rumah dengan menaiki motosikal, kereta dan trak tentera. Kesemuanya merupakan penduduk dari enam buah kampung yang terletak dalam zon bahaya di selatan dan tenggara Sinabung.
“Beberapa ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka pada awal bulan ini dengan bilangan perpindahan kini mencecah 10,714 orang,” kata Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Tri Budiarto kepada agensi berita AFP.

Rata-rata penduduk setempat yang melarikan diri kini mendapat perlindungan di beberapa bangunan kerajaan dan rumah ibadat di pekan Kabanjahe, kira-kira 10 kilometer dari Sinabung.
Ketua pos pemerhatian gunung berapi tersebut, Armen Putra pula memberitahu setakat ini Sinabunh memuntahkan batu dan gas panas sejauh 3km ke udara dengan kekerapan empat kali sehari.
“Kami masih dapat merasakan gegaran. Debu setinggi satu hingga dua milimeter meliputi jalan dan rumah sejauh 15 km dari kawasan gunung berapi berkenaan.
“Masa beberapa minggu diperlukan untuk membersihkan kawasan yang terjejas. Namun, buat masa ini, kami menyarankan kepada penduduk di sekitar Sinabung supaya berpindah,”katanya. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "