Siling Perpustakaan Sekolah Runtuh Akibat Gegaran Susulan
Ranau: Siling sebuah perpustakaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohammad Ali di Ranau runtuh setelah satu gempa bumi berukuran 3.5 magnitud melanda kawasan tersebut pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan akibat kejadian.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy Lagon, siling perpustakaan tersebut runtuh kira-kira lima minit selepas gegaran kira-kira jam 10.54 pagi itu.
"Kawasan perpustakaan ditutup dan pelajar dan guru dinasihatkan supaya tidak berada berhampiran lokasi kejadian.
"Sehingga kini bomba masih menjalankan pemeriksaan dan pemantauan," katanya memetik laporan Hariaan Metro.
Para pelajar dan guru ditempatkan di perkarangan sekolah untuk keselamatan. - Siakapkeli.my