Dua Remaja Dihukum Ikat Pada Tiang Oleh IS Selepas Tidak Berpuasa
BEIRUT: Kerana berjaya ditangkap akibat tidak berpuasa di bulan Ramadan, dua orang remaja telah diikat dan dibairkan tergantung pada sebatang tiang oleh kumpulan IS.
Menurut Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, kejadian tersebut berlaku di ibu pejabat IS di Hissba.
"Kanak-kanak itu telah diikat dengan tali pada tiang itu sejak tengah hari, dan mereka masih berasa di situ lewat petang. Rupanya mereka ditangkap kerana makan," katanya.
Sambil digantung mereka juga dilekatkan dengan papan tanda bertulis "Mereka membatalkan puasa tanpa justifikasi agama". - Siakapkeli.my